KETIKA KEADAAN AMAN DAMAI
Bagi kita rakyat Malaysia, apabila kita membeli emas, biasanya ada 4 tujuan:
1. Sebagai penyimpan kekayaan (harga emas stabil/naik dalam jangkamasa panjang)
2. Sebagai pelaburan - untung beli ketika harga rendah, jual ketika harga tinggi
3. Sebagai barang kemas sebab nak nampak cantik.
4. Hantaran kahwin
Memandangkan kita berada di dalam keadaan yang sangat aman dan ekonomi yang stabil, tidak pernah terlintas di hati kita bahawa emas adalah penyelamat nyawa, duit ataupun penentu hidup atau mati betul tak?
KETIKA KEADAAN KRISIS EKONOMI DAN POLITIK
Di dalam keadaan kegawatan ekonomi atau politik, emas akan memainkan peranan utama sebagai medium pertukaran – atau wang. Ketika itu manusia tidak akan mempercayai wang kertas kerana wang kertas hanyalah – kertas! tak ada nilai. Contoh yang paling mudah ialah apa yang berlaku di Negara Zimbabwe. Ketika ini keadaan ekonomi dan politik Zimbabwe adalah tidak menentu. Kadar
inflasi di Zimbabwe mencecah 5 sextillion peratus (ada 21 biji kosong)

dengan keadaan politik dan ekonomi yang tidak stabil kehidupan mereka sangat sukar. Wang kertas tidak ada nilai. Jadi, bagaimana mereka meneruskan kehidupan? Apa yang mereka gunakan sebagai

Jawapannya. Emas.
Untuk meneruskan kehidupan rakyat Zimbabwe terpaksa mendulang emas. Ini kerana emas diterima sebagai wang. Kat sana, emas nie menentukan hidup atau mati. Kalau tak ada emas, maka tak boleh beli makanan – anda akan mati kebuluran. Roti, bijirin, minyak masak dan berbagai barangan keperluan dibeli menggunakan emas.
Walau apa jua keadaan ekonomi dan politik, orang yang menyimpan emas tetap akan untung. Bagi kita rakyat Malaysia, kita amat bertuah kerana negara kita aman, stabil dan makmur. Jadi kalau kita simpan emas ianya lebih kepada menyimpan kekayaan dan membuat pelaburan. Kita tetap untung.
Dalam situasi yang politik dan ekonomi yang tidak stabil, emas akan menjadi penyelamat nyawa kita dan keluarga kita. Inilah yang akan menjadi wang nanti. Jadi, dengan harga emas yang turun sekarang nie anda dah boleh beli emas. So apa tunggu lagi, mulakan simpanan emas anda sekarang!!!
0 comments:
Post a Comment