Thursday, December 23, 2010

JOM PERGI HAJI DENGAN DINAR

salam emas..salam jumaat buat semua...
hari ini...saya nak berkira2 lagi..kira2 badjet untuk menunaikan hajat yang sememangnya sangat2 diidamkan oleh semua orang termasukla saya...iaitu menunaikan rukun islam kelima Haji ke Mekah..dalam hati saya berkira2, sebelum umur saya menjangkau 40 tahun, saya harus sampai dan menyelesaikan rukun ini...mudah2an tercapai insyaAllah..


sejak saya mengenali dunia emas ni kira2 sebulan yang lalu, saya sangat gembira kerana saya menjumpai cara yang pantas untuk mencukupkan simpanan haji saya.caranya ialah menyimpan dinar!!! nak tau camna...jom kita tgk n sama2 kira... Kos untuk menunaikan haji pada tahun 2006 adalah sekitar RM 10,000, ayuh kita kira bagaimana simpan dinar lebih untung..

Tahun 2002 - 1 Dinar = RM 140.00, perlu 72 Dinar

Tahun 2003 - 1 Dinar = RM 168.00, perlu 60 Dinar

Tahun 2004 - 1 Dinar = RM 202.00, perlu 50 Dinar

Tahun 2005 - 1 Dinar = RM 242.00, perlu 42 Dinar

Tahun 2006 - 1 Dinar = RM 290.00, perlu 34 Dinar

Tahun 2007 - 1 Dinar = RM 348.00, perlu 29 Dinar

Tahun 2008 - 1 Dinar = RM 418.00, perlu 23 Dinar

Tahun 2009 - 1 Dinar = RM 502.00, perlu 20 Dinar

tapi tahun 2010 ni..kos unuk menunaikan haji dah pun meningkat...lebih kurang RM15000 (saya hanya menganggarkan sahaja yer) dan jangan dilupa..harga emas juga sudah meningkat...sekarang 1 dinar sudah RM650...hanya perlukan 23 dinar sahaja...

tengok siapa untung siapa rugi...orang yang untung ialah orang yang punyai dinar ..dan orang yang lebih untung ialah orang yang sudah lama punyai dinar..macam saya, baru belajar untuk mengumpul dinar...harap2 masih beruntung juga..kerana menuru ramalan, harga emas hari ini sudah semestinya lebih murah dari harga emas akan datang...


Jom beli dan start mengumpul DINAR EMAS. hubungi saya untuk mendapatkan dinar emas anda...

013-6075518
013-9694774

Tuesday, December 14, 2010

PERANAN EMAS DALAM HIDUP KITA

salam emas buat semua...hari ini, saya nk berkongsi sedikit ilmu yang saya dapat dari ebook tokey2 emas ni..berkenaan dengan peranan dan kepentingan emas dalam hidup kita  ketika keadaan aman damai seperti di negara kita Malaysia dan juga peranan emas ketika krisis eknomi dan politik seperti di negara Zimbabwe.

KETIKA KEADAAN AMAN DAMAI


Bagi kita rakyat Malaysia, apabila kita membeli emas, biasanya ada 4 tujuan:
1. Sebagai penyimpan kekayaan (harga emas stabil/naik dalam jangkamasa panjang)
2. Sebagai pelaburan - untung beli ketika harga rendah, jual ketika harga tinggi
3. Sebagai barang kemas sebab nak nampak cantik.
4. Hantaran kahwin

Memandangkan kita berada di dalam keadaan yang sangat aman dan ekonomi yang stabil, tidak pernah terlintas di hati kita bahawa emas adalah penyelamat nyawa, duit ataupun penentu hidup atau mati betul tak?

KETIKA KEADAAN KRISIS EKONOMI DAN POLITIK
Di dalam keadaan kegawatan ekonomi atau politik, emas akan memainkan peranan utama sebagai medium pertukaran – atau wang. Ketika itu manusia tidak akan mempercayai wang kertas kerana wang kertas hanyalah – kertas! tak ada nilai. Contoh yang paling mudah ialah apa yang berlaku di Negara Zimbabwe. Ketika ini keadaan ekonomi dan politik Zimbabwe adalah tidak menentu. Kadar
inflasi di Zimbabwe mencecah 5 sextillion peratus (ada 21 biji kosong)

Pada tahun 1980, Zimbabwean Dollar mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada USD, tetapi kerana pemerintah yang sesuka hati mencetak wang kertas, maka nilai wang negara Zimbabwe telah kehilangan nilainya.

dengan keadaan politik dan ekonomi yang tidak stabil kehidupan mereka sangat sukar. Wang kertas tidak ada nilai. Jadi, bagaimana mereka meneruskan kehidupan? Apa yang mereka gunakan sebagai
duit?

Jawapannya. Emas.

Untuk meneruskan kehidupan rakyat Zimbabwe terpaksa mendulang emas. Ini kerana emas diterima sebagai wang. Kat sana, emas nie menentukan hidup atau mati. Kalau tak ada emas, maka tak boleh beli makanan – anda akan mati kebuluran. Roti, bijirin, minyak masak dan berbagai barangan keperluan dibeli menggunakan emas.

Walau apa jua keadaan ekonomi dan politik, orang yang menyimpan emas tetap akan untung. Bagi kita rakyat Malaysia, kita amat bertuah kerana negara kita aman, stabil dan makmur. Jadi kalau kita simpan emas ianya lebih kepada menyimpan kekayaan dan membuat pelaburan. Kita tetap untung.

Dalam situasi yang politik dan ekonomi yang tidak stabil, emas akan menjadi penyelamat nyawa kita dan keluarga kita. Inilah yang akan menjadi wang nanti. Jadi, dengan harga emas yang turun sekarang nie anda dah boleh beli emas. So apa tunggu lagi, mulakan simpanan emas anda sekarang!!!

Monday, December 13, 2010

new dealer oreintation

alhamdulillah...pagi 10 Dis lepas kami telah berjaya menghadirkan diri ke satu majlis ilmu emas di cawangan PG Kelantan..new dealer orientation...majlis bermula jam 10 pagi tapi kami tiba jam 11+..agak terlewat...dah la sampai2 KB..tersilap masuk jln plak huhu...dugaan betul..dah nmpak PG punya bgunan kat depan tp tiba2 termasuk lorong lain..jenuh la pusing depan mydin yang agak slow trafiknya...tapi akhirnya sampai jua...
mungkin byk jugak yg telah dibincangkan kami terlepas...tapi kami cuba manfaatkan sehabis baik..duk dlm setengah jam lebih sessi dah habis..xpe la..byk jugak ilmu dan pengetahuan terbaru yang dapat..antaranya:
1. promosi dealer 20k still proceed sampai tahun depan tapi hanya dapat komisyen 1% shja
2. dealer 20k tahun ni akan dinaikkan pangkat jadi PD(priority dealer)
3. komisyen buy back dinaikkan dari 0.3% tahun ini ke 0.5% tahun depan..
4. master dealer jualan RM300k tahun ini..tahun depan nk jadi MD kena RM1juta...huhu yang ni memang takut dengar...jom kita rempit tahun ni...

ni terima sijil dr Ms Rachel...sudah sah bergelar agen emas:)
itu antaranya la yang sempat kami kutip dari Mr Harison..da sampai lambat,sikit la dapatnya..
tapi alhamdulillah, sementara menunggu SO kami siap diproses..datangla MD Dr Roza bersama kakaknya juga MD Roza..minggu  lepas saya da jumpa MD Dr Roza ni...dia datang dengan adiknya juga MD Roza...maksudnya ada 3 orang adik beradik jadi MD...semua nama mereka adik beradik ni bermula dengan Roza kat depan..saya sangat kagum dengan mereka...

bila ternampak je MD Dr Roza ni, saya pun tegur la dia...dia ingat2 lupa..maklumla dah jumpa ramai sangat pelanggan...bila diterangkan, dia pun ingat..tiba waktu sembahyang jumaat...kaum lelaki semua beredar ke surau berhampiran..dan bersembang2la kami..

dan dengan murah hatinya MD Roza 2 beradik ini telah pun menujukkan saya cara2 untuk merempit dan memanipulasi emas ini...dan juga meyakinkan kami bahawa kami masih mampu untuk mengejar target menjadi MD walaupun hanya berbaki 20hari lagi mulai dari hari itu...rupanya dia pun datang sbb nak merempit dan mengejar target jualan 300k untuk suaminya...suaminya juga baru juga dalam PG ini..terima kasih yang tidak terhingga buat adik beradik Roza yang berhati mulia ini..nanti bila ada masa...saya akan berkongsi dgn anda semua tentang cara2 yang mereka ajarkan kepada saya..saya sedang mengikuti langkah2 yang mereka ajarkan ini...doakan kami agar kami berjaya mengejar target ini amiin...
ni Mr Harison tunjukkan ketulenan gold bar 100g PG..gold 24k 100% gold...kat arrahnu kemaman katanya juz nilai 22k sahaja...

ni order kami pada hari itu..siap beli silver lagi kerana menurut ramalan harga silver akan mendadak naik...
 


itu saja untuk hari ini...masih berbaki  16hari lagi untuk kami mengejar target untuk menjadi MD..doakan kami moga kami berjaya...stok2 kami telah pun kami pajakkan..insyaAllah di masa akan datang kita bercerita lagi..cerita2 emas...

salam emas buat semua..berminat untuk bel mahupun jadi egan emas..juga saja2 nak tahu pasal emas, jangan malu jagan segan tepon kami 0136075518 / 0139694774...kami akan sedia membantu..

Tuesday, December 7, 2010

PELANGGAN EMAS KAMI

Firman Allah s.w.t
"Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah (tidak mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab dari) apa yang kamu simpan itu" (Surah At-Taubah: 34-35)

Sabda Rasulullah s.a.w
"Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka". (Hadis riwayat Abu Hurairah)


ALHAMDULILLAH...REZEKI DARIALLAH TAALA SAMA2 KITA RASAI DENGAN MENUNAIKAN ZAKAT BAGI YANG MAMPU...

jutaan terima kasih buat semua pelanggan yang telah berurusan dengan kami...walau bru sebulan kmi bergelar agen berdaftar...alhamdulillah...baru di kalangan adik beradik dan kenalan rapat ni...

NOVEMBER 2010

1. PN ZAI (besut) - 2 DINAR RM1300
2. USTZ ZAI (besut) - 2 DINAR RM1278
3. PN KHAI (dungun) - 20G RM3095
4. USTZ W.N (dungun) - 20G RM3095
5. PN ROS (klang) - 1 DINAR RM644


DISEMBER 2010
1. CIK MAH (besut) - 2 DINAR RM1310
2. CIK NOORUL (besut) -20G RM3150
3. PN ZAI (besut) - 500g silver RM1905 + 5 DINAR RM3249

JAN 2011
1. PN KHA (K.TRG) - 20G RM 3190
2. CIK CT ( PTRAJAYA) - 20G RM3150 + 1 DINAR RM 650

Monday, December 6, 2010

Bila Masa Yang Sesuai Untuk Membeli Emas

salam maal hijrah buat semua...semoga hijrah kita tahun ini bakal memberikan impak yang positif buat kita di dunia dan jua di akhirat..
saya selalu tertanya2...bila masa yang sesuai untuk membeli emas...dan hari ini saya erjumpa artikel ini...maka dgn niat untuk menjadikan ini bahan rujukan diri saya sndiri...saya memetik artikel ini...moga2 tuan punya artikel ini mendapat rahmatNya..pohon kebenaran ye http://emaspg.com/bila-masa-yang-sesuai-untuk-membeli-emas/...terpaksa mohon kebenran kat sini je sbb xtau dah nk selit komentar kat mana....

Harga emas di pasaran adakala naik adakala turun. Kalau ditanya pada sesiapa pun, kebarangkalian mereka jawab bila ada duit atau harga emas turun. Sebenarnya ada beberapa faktor lain yang harus kita ingat bila masa yang sesuai untuk membeli emas. Antaranya:

Faktor Pertama – Jika berlaku sebarang acara terbesar di Cina, India atau negara lain yang sinonim dengan Emas, ianya adalah waktu terbaik untuk anda beli emas sebelum acara tersebut. Harga emas naik ketika Piala Dunia di Afrika Selatan, Olimpik di Beijing dan Sukan Komanwel di India baru-baru ini.

Faktor Kedua – Anda boleh melihat keadaan ekonomi dunia sebagai rujukan. Jika harga Dollar semakin jatuh harga emas akan naik.

Faktor Ketiga - Keempat, berapakah pengeluaran emas semasa , jika pengeluaran emas di lombong semakin rendah, harga emas akan naik.

Faktor Keempat – Apakah Landskap ekonomi sekarang, harga emas akan naik ketika ekonomi dalam keadaan jatuh, seperti kejatuhan ekonomi dunia, kejatuhan matawang dollar dan sebagainya, seeloknya anda beli ketika ekonomi bergerak perlahan.

Jenis emas terbaik untuk anda buat pelaburan adalah emas 24 karat atau orang tua di kampung lebih senang memanggilnya emas sepuluh atau emas 999. Bagi Emas 916 pula peratus susut nilainya lebih tinggi berbanding emas 999. Emas putih pula susut nilainya sangat tinggi dan harus di elakkan sekiranya ingin membuat pelaburan.

jangan lupa hubungi kami untuk membeli emas..0136075518 / 0139694774

Friday, December 3, 2010

kelebihan membeli emas dari Public Gold

Hari ini saya ingin kongsikan beberapa kelebihan emas di PublicGold sepertimana yang saya alami.  ianya merupakan perkongsian maklumat berdasarkan apa yang saya alami untuk memaklumkan pembaca sekalian kepentingan memiliki EMAS untuk masa hadapan. Yang pasti.. kalau tuan/puan tidak membuat sebarang tempahan pun.. saya sudah memiliki EMAS dan NILAInya tetap meningkat dari hari ke hari. Sebab itu lah Taukeh Kedai Emas tiada yang 'OUT OF BUSINESS' atau gulung tikar.

1. DIJUAL PADA HARGA PASARAN
Harga jualan emas di PG adalah mengikut pasaran dunia dan ianya berubah setiap 20 minit. Secara purata terdapat 72 Harga Emas di PG dalam sehari (60 min/20 min X24 jam/hari). Contoh>Permerhatian pada 27 Oct 2010 : Dlm sehari harga 20g Bar boleh naik setinggi RM3020++ dan turun serendah RM2988. Jika berminat, hubungi kami dan sebagai Dealer PG kami akan monitor dan cadangkan harga terbaik untuk anda. 

2. JAMINAN BELIAN BALIK
Untuk setiap emas yang anda beli dari PG, anda boleh jual kembali dengan mudah. Sama ada terus kepada PG atau mana-mana dealer. Saya cadangkan agar anda hubungi kami sekira berminat untuk menjual emas anda semula. Kami menerima emas PG walaupun kemek, tercalar, dibuka plastik, cuma perlu dipastikan berat emas sepertimana yang sepatutnya.   

3. 'Spread" HARGA YANG KECIL
'Spread' adalah beza nilai antara Harga Belian anda ("We Sell" PG) dan Harga Jualan Balik Anda ("We Buy" PG) dan ianya adalah kecil di PG.Llebih kurang 6-7% berbanding dengan belian emas dari kedai emas yang mana 'spread' mencecah 25%. APAKAH KELEBIHAN SPREAD YG KECIL ??

Dengan 'Spread' yang kecil anda tidak perlu tunggu lama untuk mendapat keuntungan. Pelanggan pertama saya membeli 20g Bar pada 20/7/2010 dengan harga RM 2,771 dan sekiranya beliau ingin menjual pada 29/7/2010 (7:40 am) ianya pada RM2,854. Dalam masa 3 bulan lebih pelaburan beliau sudah memberikan pulangan RM84 (sekiranya dijual). Namun perlu diingatkan pelaburan emas adalah lebih menguntungkan untuk jangka masa yang panjang (3thn, 5 thn, 10 thn lagi wow !!)
4. BOLEH MONITOR /PILIH HARGA SENDIRI
Kelebihan ini yang paling saya suka. KENAPA?? Kerana dengan ketekunan, kesabaran, sedikit kebijaksanaan, kemudahan internet + DEALER , anda boleh melihat turun naik harga emas 24 jam setiap hari. Sekiranya berhajat untuk membeli emas, saya sarankan anda monitor harga emas untuk tempoh 2-3 hari bagi mendapatkan gambaran pergerakan harga dan dari situ anda boleh membuat keputusan 'range' harga yang anda kehendaki. Sepertimana yang saya nyatakan dalam (1) dengan kebijaksanaan anda, anda boleh membeli pada harga yang terendah untuk hari tersebut.

Saya berpendapat, perubahan harga tidak meletakkan pelaburan anda dalam risiko yang tinggi, kerana pada harga yang mana pun, anda memperolehi nilaian (Berat/kejituan) emas yang sama. cuma untung lah kalu dapat beli pada harga yang lebih rendah..

Seperkara lagi, dalam perniagaan emas ni.. kita jangan terlalu tamak. Maksud saya, apabila harga tersebut bersesuaian dengan bajet anda 'lock' saja kerana sekiranya anda menunggu untuk harganya turun lagi takut nanti ianya terus melonjak naik. "Nak jimat RM2, takut nanti anda rugi RM5".. Berminat SMS/Telefon kami.
013-9694774 - fadhil
013-6075518 - fatanah
*kredit to http://www.emasmachang1.com kerana artikel ini dipetik dari lamannya....
 
 

Thursday, December 2, 2010

salam emas salam pertama..

alhamdulillah...
setelah lebih kurang sbulan kami fafa family menjadi agen berdaftar Public Gold... hari ini lahirla satu lagi laman yang khusus untuk saya berkongsi cerita berkenaan logam mulia iaitu emas dan perak..tujuan asal laman ini diwujudkan adalah untuk saya menyimpan segala info dan maklumat berkenaan emas dan perak ini khusus untuk ingatan saya sendiri dan jua buat semua yang membaca...mudah2an usaha saya ini berbaloi dan diberkatinya...