Thursday, August 11, 2011

produk baru public gold...

salam emas buat semua....

Public Jewellery telah melancarkan produk baru yang dinamakan i-Jewellery yang ketulenannya dijamin pada kadar 22k (916.0) pada harga semasa yang lebih rendah dan mengikut harga pasaran antarabangsa.

 Produk ini boleh didapati dengan berat 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram dan 100 gram. Produk ini mengutamakan pengekalan ketulenan kandungan emas 22k nya, Justeru reka bentuknya tidak serumit seperti Public Jewellery yang biasa dan ianya lebih sesuai untuk pajakan di Ar-Rahnu.

Selain itu, spread atau beza harga Jual dan Beli nya juga diturunkan kepada hanya 10% sahaja dan untuk maklumat harga semasa boleh dilihat seperti yang dipaparkan di www.publicdinar.com

Sesiapa yang nak menukarkan wang nya kepada emas dan mahu membuat pajakan Ar-Rahnu (diterima di Argo Bank & Bank Rakyat), jom beli sekarang sebelum harga emas naik lebih tinggi!
untuk melihat harga bagi produk ini boleh la tgk2 laman web www.publicdinar.com


ingat emas....hubungi kami....emasfafa:)
emasfafa 0136075518 / 0139694774


Thursday, June 9, 2011

Bagaimana Urusniaga Emas Perak yang Patuh Syariah?

sallam emas buat semua...sekadar untuk mengingati diri sendiri n memetik artikel dari laman yang sangat bermanfaat iaitu majalahniaga.com...

#1 – Emas dan Perak Mesti Ada
Sekiranya stok emas cuma ada 1025 gram, maka penjual emas hanya dapat menjual 1025 gram sahaja, walaupun permintaan melebihi dari jumlah yang ada. Penjual tidak boleh menjual emas yang dia tidak ada atas dasar tempahan.
Penjual juga tidak boleh menjual emas yang mempunyai sekatan tertentu seperti emas yang masih dalam pajakan atau gadaian (ar-rahnu). Selepas emas itu tiada sekatan lagi barulah ia boleh dijual seperti biasa.
Apa yang dibenarkan cuma janji sebelah pihak (wa’ad / promise) untuk membeli atau menjual emas dan bukan transaksi jual beli. Aplikasi wa’ad ini perlu diteroka dengan lebih terperinci, untuk mewujudkan mekanisma ‘lock’ harga yang patuh Syariah.
Tuan puan yang mahukan penjelasan terperinci dapat merujuk kepada Syariah Standard #1 AAOIFI, mengenai pertukaran matawang.

#2 – Bayar Secara Tunai
Pembayaran tunai tidak bermaksud mesti duit fizikal berubah tangan. Atas sebab-sebab tertentu duit fizikal tidak dapat dibawa, maka apa yang penting duit mesti cukup dalam akaun bank.
Kemudian kita dapat mengeluarkan cek, telegraph transfer, ATM transfer, debit card transfer mahupun internet banking transfer. ‘Kad kredit’ dari perbankan Islam yang berdasarkan kontrak Bai’ Inah mahupun Tawarruq, dapat digunakan untuk membeli emas dan perak.
Kerana ‘kad kredit’ perbankan Islam adalah berbeza prosesnya dengan kad kredit perbankan riba. Tuan puan yang mahukan penjelasan terperinci dapat merujuk kepada Syariah Standard #1 AAOIFI mengenai pertukaran matawang.

#3 – Serah Emas Perak Secara Tunai
Penyerahan emas secara tunai juga tidak bermaksud emas dan perak fizikal berubah tangan. Penjual dapat memberikan resit atau sijil yang membuktikan kewujudan emas dan perak sama, dan status resit atau sijil ini perlu sama seperti geran hartanah.
Apa yang penting, sijil itu dikeluarkan berdasarkan emas dan perak yang memang ada dalam simpanan penjual, dan bukannya resit atau sijil emas yang belum ada lagi.
Selepas resit atau sijil ini dikeluarkan, maka barulah kita uruskan proses penghantaran emas perak fizikal kepada pembeli dengan cara yang dipersetujui.
Tuan puan yang mahukan penjelasan terperinci dapat merujuk kepada Syariah Standard #18 AAOIFI mengenai qabadh (posession).
Mekanisma urusiniaga ini dapat berlaku dalam urusniaga secara online mahupun offline. Cara yang paling baik adalah syarikat-syarikat pengeluar emas yang sudah kaya raya ini menubuhkan Majlis Syariah, yang terdiri daripada sekumpulan ulama’ yang pakar dalam bidang kewangan Islam.
Ini bagi membolehkan operasi jual beli syarikat disemak dan diaudit secara Syariah. Kepakaran mereka ini dapat mewujudkan mekanisma jual beli emas patuh Syariah, yang seragam untuk industri emas dan perak.
Ini adalah amat penting bagi memastikan umat Islam terselamat daripada aktiviti riba.
Ingat… Kenapa memilih menjadi kaya dengan jalan riba?

ingat emas....hubungi kami....emasfafa:)
emasfafa 0136075518 / 0139694774

Tuesday, June 7, 2011

JUALAN EMAS JUN 2011

salam emas buat semua...
lagi emas untuk di jual...
peluang hanya sampai sebelum tengahhari esok sahaja...

1 kpg 20gram RM3300
1kpg 100gram RM16500 sahaja

hubungi kami jika berminat...
lebih senang jika anda sms or call jika betul2 berminat...

Wednesday, April 13, 2011

Jualan Emas Kembali Lagi

salam.. 
jualan emas perak pg. area dungun
1 dinar RM695
10 dinar RM6900
20g RM3200 - sold out

...silver pg
250 gram RM1250 - sold out
1kg RM5100 - sold out

sementara stok masih ada
hubungi 0139694774 @ pm me

Sunday, March 13, 2011

faktor yang perlu tahu sebelum beli emas...

salam emas buat semua..
yang pastinya emas memang diminati ramai..cuma ilmu2 emas ni yang ramai belum tahu...

dan hari ini saya ingin berkongsi apa yang saya belajar dan baca dari ebook yang kami beli..iaitu
 FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIAMBIL KIRA SEBELUM MEMBELI EMAS...tidak kira emas pelaburan atau emas simpanan...ini adalah untuk kita memaksimakan keuntungan kita melalui emas...jadi, kita perlu ambil kira semua faktor di bawah ini...

  1. HARGA EMAS TERSEBUT - semakin murah harganya semakin baik
  2. EMAS FIZIKAL ATAU AKAUN SIMPANAN EMAS?emas fizikal lebih baik
  3. KETULENAN EMAS- sebaik2nya beli emas 999.9 atau 916
  4. STOK YANG MUDAH DIPEROLEH walaupun harga turun atau naik
  5. PERBEZAAN HARGA JUALAN DAN BELIAN ADALAH RENDAH
  6. SYARAT2 LAIN YANG DIKENAKAN contohnya emas tersebut tidak boleh calar, bengkok atau sumbing, resit asal perlu disediakan atau lain2..
apa2pun...jom beli emas..apaum jenis emas anda...ia tetap lebih baik dari wang kertas atau angka2 wang dalam simpanan anda...

untuk tempahan emas public gold...sms kami...lock harga anda hari ini...dan bertindak sebelum terlewat...

ingat emas....hubungi kami....emasfafa:)
emasfafa 0136075518 / 0139694774

Friday, March 11, 2011

kebaikan dan keburukan barang kemas

salam emas...salam ceria buat semua...
kali ini saya nk kongsi kebaikan dan keburukan barang kemas ini..saya selalu membaca tentang ilmu2 emas ni dari macam2 sumber..alih2 lupa kat mana nk cari balik..so, saya ambil pendekatan, saya postkan kat sini...untuk dikongsi bersama juga...

kebaikan...
  1. boleh dijadikan perhiasan(org perempuan confirm suka...)
  2. mempunyai nilai gadaian yang tinggi
  3. senang untuk digadai
  4. senang untuk dijual.semua kedai emas menerima
  5. senang untuk dimiliki..

keburukan...
  1. jika anda mahu menjual kembali, sebanyak 15% - 20% nilai ema situ akan dipotong.
  2. barang kemas yang mempunyai permata kurang nilai apabila digadai atau dijual.
  3. sukar memantau kenaikan atau penurunan harga emas, hanya bergantung pada budi bicara tokey kedai2 emas sahaja...

jadi, sama2 kita pikirkan....
apa2pun...lebih baik simpan emas dari simpan duit ye...

bagaimana buat untung dengan barang kemas?

salam semua...
saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya dapat dari ebook yang kami beli..ebook emas2 yang hilang dari team rahsiaEmas...saya petik dari ebook mereka untuk kita sama2 manfaatkan ilmu2 emas ini...


bagaimana buat untung dengan barang kemas?
selain dijadikan alat perhiasan bagi diri kaum wanita, sebenarnya kita boleh membuat keuntungan melalui barang kemas ini.

tetapi ia mestilah dalam jangka masa yang panjang. jika kita ingin membuat keuntungan dalam jangka masa pendek melalui barang kemas ini kita akan rugi.ini adalah kerana perbezaan harga jual dan beli emas perhiasan terlalu tinggi iaitu 15% - 20%.

sebagai contoh, jika hari ini anda membeli 10gram gelang emas dengan kadar 120/gram iaitu bersamaan RM1200. selang 4 bulan kemudian anda ingin menjual gelang emas tersebut. ketika itu haga emas segram ialah 140/gram. jadi harga gelang emas anda RM1400.

masalahnya kedai emas tidak mengambil gelang emas itu pada harga RM1400, tapi dia akan tolak dulu harga berkenaan dengan 15%. jadi harga emas tersebut dijual pada kedai emas tersebut pada harga RM1190.

maka, anda akan rugi RM10. kalau diikutkan anda sudah untung RM200, etapi disebabkan perbezaan harga jual beli yang tinggi iaitu 15% maka anda telah rugi.

kesimpulannya, paling kurang anda perlu menyimpan barang kemas anda selama 5 tahun untuk menjana keuntungan.

lagipun, toidak rugi anda menyimpan barang kemas lama2..kerana bila kita terdesak untuk guna duit, anda boleh gadaikan barang kemas itu...senang2 anda dapat 'cash money'...

di AGRO bank arRahnu memberikan pinjaman kepada anda sebanyak 70% dari nilai semasa emas anda.

jadi, kita boleh manfaatkan kemudahan yang disediakan...